MCA Selangor minta kadar tol dihapuskan
1- Saya nak ucap tahniah pada Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Tang See Hang bila beliau memberi SYOR dengan berkata betapa penghapusan atau pengurangan tol dapat dilaksanakan jika kerajaan membeli balik syarikat konsesi lebuh raya [ PLUS ]. Menurut berita TV3 , 15 daripada jumlah pemegang konsesi tol itu beroperasi di Selangor & KL. Setiap 3 tahun, mereka akan review bayaran konsesi , dan jika tak dinaikkan ... jangkaan keuntungan mereka akan dibayar sebagai pampasan oleh kerajaan. Emmmm .... senang betul. Inilah bisness yang paling menguntungkan dan tiada risiko rugi. Buat TOL & buat kerjasama dengan pemerintah Malaysia [ sila baca ... BN ]. Ada sesiapa yang berminat nak buka tol dgn saya ?
2- Presiden dan Timbalan Presiden MCA [ Ong Ka Ting & Chan Kong Choy ] tidak akan bertanding dalam pemilihan parti yang akan datang. Syabas. Ini dapat mengelakkan nepotisme & kronisme dalam MCA. Banyak lagi calon yang boleh diketengahkan. Ini kita namakan " demokrasi & peremajaan ". MIC Presiden should give a call to Ong Ka Ting , and ask some tips. Ada yang orang masih perlukan ... tapi tak gila kuasa. Ada yang gila kuasa ... masa orang dah tak nak. Ada juga yang orang mintak dia turun ... tapi masih dibuai dengan gila kuasa anak beranak - manantu sepapat. Apa nie ?
3- TS Mat Taib pun dalam laporan berita banyak nak menyibuk tentang Selangor. Sudahlah kerja kementerian dia dalam pemilihan JKKKP untuk melawan JKKK yang ditubuhkan negeri banyak menyusahkan... la nie sibuk nak komen negeri yang mana dia pernah rasa jadi MB. Dalam hal nie sepatutnya Mat Taib tak ganggu pentadbiran penghulu dan ketua kampung Selangor. Salurkan bantuan seikhlas mungkin. Ini tidak.... pergi tengok apa yang kememterian awak boleh tolong. Dollah Badawi beri 4 bilion [ 2 billion utk Sabah & Sarawak ] , 2 billion lagi utk semenanjung. sabah & Sarawak tak patut dapat kemudahan asas paling minimum sedangkan mereka banyak sumbang kepada kerajaan persekutuan. Tolonglah .... yang mana menteri kena jaga hal ehwal pembangunan luar bandar, pastikan keadaan mereka terbela. Saya dah meluat tengok pemimpin2 yang pandai bercakap ..... kerja pulak macam hampeh .
No comments:
Post a Comment