Friday, June 20, 2008

ISA ... akta drakonian

Salam,

1- Mengapa masih ramai yang percaya betapa akta ISA masih lagi relevan , sedangkan ramai yang menderita akibat akta ini. Cuba bayangkan sekiranya anak kita, suami , mahupun kaum keluarga terdekat kita dikenakan tindakan ISA ? Apa perasaan kita ?

2- Mengapa mereka yang punya kuasa tidak mahu menghapuskan akta drakonian ini ? Mengapa cuba menafikan hak kehidupan manusia untuk sekurang2nya didengar pada pentas keadilan ? Insaf ? ..... cubalah kita renungkan.

3- Akta seumpama ini tidak langsung diberi pertimbangan oleh pihak berwajib. Harapan kita sekurang2nya mereka yang punya kuasa ... berilah sedikit ruang untuk tahanan2 ini dibicarakan. Bukankah kita selalu percaya bahawa sistem kehakiman kita adil , dan dilihat adil oleh masyarakat? Mengapa tidak dibicarakan sahaja mereka ini ?

4- " Doa orang yang dizalimi senantiasa dimakbulkan oleh Yang Maha Esa "...

No comments: