Salam,
1- Saya terpanggil untuk menulis topik diatas bila saya terbaca akhbar Metro Ahad hari ini. Topik yang diutarakan " Pelajar HIV " benar2 menyentuh hati saya. Kalaulah benar pelajar 16 tahun tersebut mendapat hampir RM 16 ribu sebulan dengan hanya bermodalkan tubuh yang cantik..... dimanakah peranan keluarga [ Ibubapa , abang , adik , kakak ] untuk mengawasi altiviti kaum keluarga terdekat mereka? Apakah kita tidak lagi ambil peduli dimanapun adik beradik kita ; mahupun anak kita berada ?
Pernah kita bertanya dimana ayah , ibu , abang , kakak mahupun adik kita bila malam berlabuh ? Kesibukan ibu bapa dalam mencari nafkah keluarga tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab utama dalam mendidik anak2. Cuba tengok dimana anak2 kita berada kala ini ......
2- Saya kerapkali balik ke kampung disebelah saya mahupun disebelah isteri saya bila waktu hujung minggu. Maklumlah , emak saya tinggal dengan adik saya setelah abah saya meninggal dunia. Sebenarnya ... seronok bila dapat berkumpul bersama. Bila saya balik ke kampung.... sepupu saya yang dulunya rakan sepermainan , sekarang dah jadi emak budak. Seronok tengok anak kami pulak yang main sekarang ni.
Dapat kita lihat wajah mak , makcik yang dulunya susah jaga kita semasa kita kecil.... dia orang happy sebenarnya kalau dapat tengok anak2 ziarah mereka waktu hujung minggu. Makcik saya yang bongsu baru terima menantu minggu lepas. Dulu dia naik motor ngan anak dara dia... la ni dia naik ngan menantu dia . Seronok kan ? Ada orang baru dalam family kita.
3- Walau sesibuk manapun kita bekerja.. luangkan masa untuk keluarga. Saya tengah memikirkan bila saya nak bawak mak saya ke bank untuk keluarkan duit pencen arwah abah. Minggu lepas mak pergi ngan adik saya... tapi bank pulak off line. 2 July ni adik saya akan hantar dia ke bank + buat medical check up.
4- Ikatan kekeluargaan ni sangat penting. Next week kami ada hari keluarga di Riverstone Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua. Kalau antara keluarga tak saling kenal mengenali... agak payah. Yang nak saya tekankan ialah ... antara kita tolong ambil berat keluarga kita & ambil berat hal ehwal kebajikan keluarga kita yang lain.
5- Saya percaya individu yang dibentuk daripada ruang lingkup keluarga yang erat akan lebih menjadi seorang individu yang hebat .. kesan daripada ayah dan ibu mereka. Itu yang saya percaya. Kadang2 takut jugak memikirkan bolehke anak saya jadi sekurang2nya macam saya ? Janji saya ... I'll support their interest.
6- Lastly .... musim EURO 08 ni betul2 buatkan saya terfikir .. kalaulah pasukan kebangsaan kita hebatnya macam pasukan German , Turki , mahupun Russia. Baru seronok nak menyokong. EURO nie banyak pasukan yang top of the group dah kalah masa q-final. Portugal , Croatia , Belanda ... malam nie Sepanyol vs Italy. Sapa yang out agak2 ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment