Sunday, June 29, 2008

Debat ... siapa " kancil" ? Siapa " pandir " ?

1- Baru2 nie saya ada baca blog Ali Rustam [ KM Melaka ] tentang bantahan beliau agar Menteri Penerangan jangan berdebat dengan Anwar Ibrahim. Kata beliau jangan siarkan debat itu secara langsung dalam TV milik BN .... saya malas nak komen panjang. Ini komen saya dalam blog beliau [ yang saya rasa tak mungkin akan disiarkan ... ]. Selamat membaca ....


0 Responses to “BANTAHAN DEBAT ANTARA MENTERI PENERANGAN DAN ANWAR”
Feed for this Entry Trackback Address
1 syauqie
June 28, 2008 at 3:00 pm
Dato’

1-Ini yang saya katakan pemimpin UMNO takut pada bayang2 sendiri. Mengapa takut kalau kita rasa kita betul ? Nampak sangat UMNO [ sila baca dgn maksud .... pemimpin2 UMNO yang membantah debat ] memang takut nak berdebat. Takut rakyat nampak siapa yang “kancil” dan siapa yang “pandir”. Apa nak takut ? Anwar bukannya selalu keluar TV…. Mengapa takut ?

2- Saya tak kisah kalau Dato’ takut berdebat. Sebab kalau Dato’ bercakap tentang sesuatu isu pun banyak yang merepak. Malas nak dengar. Tak bersemangat. Cuba Dato’ tengok semula ucapan2 atau komen2 Dato’ kat TV. Tak rasa mual ke ? Asalkan ianya menyentuh pembangkang je …. memang komen dato’ memualkan. Itu saya tak nak ambil peduli. Pesan saya … jangan selalu mendongak ke langit. Tengok2 sikit rumput dipadang.

3-” …… Stesen tv sepatutnya memberi focus kepada menteri atau menteri besar dan ketua menteri atau badan bukan kerajaan (ngo) yang bekerja keras untuk menangani krisis kenaikan harga bahan bakar….. ”
Ini saya ambil dari petikan dato’. Berikan peluang pada menteri Beasr @ KM beri penerangan ? Naik muntah saya dengar. Ada ke 5 negeri yang BN tak pegang buat macam tu ? Haram … mintak slot setengah jam / 1 Jam seminggu pun tak dapat …. inikan pulak nak beri peluang pada MB & KM bercakap tentang isu minyak . Dato’ … Dato’. Senak ke apa yang dato’ cakap nie ? Bangun la. Jangan terlalu dibuai mimpi indah …..
Lepas ni saya nak dengar pulak apa Joke yang nak dato’ ucapkan… lebih2 lagi dekat2 nak pemilihan UMNO. Oh ya ….. saya lupa yang Dato’ ni Naib Presiden.
Salam .

Syauqie

Your comment is awaiting moderation.

No comments: