Tuesday, June 24, 2008

Amanah & Kebertanggungjawaban

Salam,

1- Antara berita yang saya kira menarik untuk diperhatikan ialah tindakan Menteri Besar Selangor menggantung sementara tugasan Pegawai tugas-tugas Khasnya Yahya Shahri ; selama 2 bulan sementara siasatan sedang dijalankan. Kata MB sekiranya Yahya tidak bersalah , dia akan diambil semula untuk bekerja. Kata MB lagi ....siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar".

Saya sokong kenyataan MB ni , tetapi yang sedihnya bila digantung tugas .. Yahya pulak meletak jawatan atas alasan hilang keyakinan kepada MB. Kalau tak salah... tak perlu takut. Saya percaya MB bukannya zalim. Kita nak kebenaran. Kalau dengan memberi surat sokongan, maka itu dikirakan sebagai rasuah @ inproper conduct .. maka kita rasa ianya wajar dilaksanakan. Kebertanggungjawaban kepada apa yang kita lakukan adalah contoh yang kita kena ikuti.

2- Saya sedang mengendalikan Kursus Keselamatan Makanan bersama dengan rakan saya Shadan & Aziera. I would say .. what a good presentation by Shadan.

3- Kisah Mufti Perlis pun sesuatu yang kita elok pehatikan. Tak salah kalau Mufti nak berpolitik Tetapi lebih elok jadi pihak yang berkecuali. Nak tegur kem A pun boleh... nak tegur kem B pun boleh. Tak payah fikir kepentingan kita sebab Mufti report to Raja / Sultan.

ps : di kawasan Bandar Sri Damansara ni ada satu kedai jual Nasi Ayam tepi jalan yang orang kata sedap giler ... cari la.

No comments: